Pentingnya Maulid Nabi Muhammad SAW

Segala puji dan puji hanya bagi Allah, Tuhan semua umat seluruh alam raya, dan sholawat serta salam semoga tetap bagi Nabi dan RasulNya Muhammad SAW, keluarganya, para sahabat dan seluruh umat alam semesta.

Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya atau 'Id yiaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti MAULID NABI MUHAMMAD bukan merupakan satu kewajiban tetapi sangat di anjurkan. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulid Nabi dan ia menjadi fokus perdebatan dan perpecahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, dari dalam maupun dari luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan tersebut. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehingga kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,

"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103).

Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka, karena ia telah diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenarnya, tetapi sebaliknya mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab kita semua untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja untuk menaikkan rasa syak atau keragu-raguan dan was-was kepada perkara-perkara yang sengaja mereka timbulkan, agar umat yang telah bersatu dalam keyakinan dan keimanan menjadi kontroversi, berselih dan berpecah belah dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'ah, syirik dan kufur!


Membesarkan MAULID NABI samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) adalah simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menulis didalam kitab beliau,
Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),
"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda Muhammad saw dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira bahkan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda Muhammad saw, kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"


Oleh karena itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatkan persoalan khilaf (perbedaan pendapat para ulama') saja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insya Allah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulid Nabi yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga bisa menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut MAULIDUNNABI saw adalah dianjurkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madhi' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga disunnahkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara se Ummah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Merayakan MAULIDUNNABI saw bukan saja pada tanggal 12 Rabi'ul al-Awwal tetapi juga patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan pancaran Nur muhammad didalam hati-hati mereka.

3. Majelis Peringatan MAULID NABI saw merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'i, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah saw dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta senantiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati anak-anak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut MAULID NABI saw adalah diterima oleh syar'i, ialah Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah saw. Allah telah berfirman kepada Rasulullah saw untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"
Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)


Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan bagi Rasulullah saw.

Sambutan MAULID NABI saw merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw, perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran,
"Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

Tahap kecintaan kepada Rasulullah saw, merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seorang mukmin dan mukmin yang lain. Dalam sebuah hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw, telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya."

Dalam sebuah hadist lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah saw bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu lebih cintai kepadaku, daripada diri kamu sendiri."
'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah saw dan para Malaikat senantiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi,
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman bersholawatlah kamu keatasnya". Ayat ini saja bisa menjadi bukti bahwa kualitas iman seseorang itu bergantung kepada cintanya kepada Nabi Muhammad saw, dan dizahirkan melalui sholawat kepada Nabi saw. Ya Allah! Limpahkanlah sholawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat semua.


Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahwa Rasulullah saw, kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul."

Dari Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda saw dilahirkan sebagai bukti, banyak hadits dan sejarah yang menerangkan bahwa, malam Rasulullah saw dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadits termasuklah gemuruh yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu katsir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Pada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1,hl. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk memperbanyak bersyukur kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal karena Allah swt telah mengaruniakan kepada kita nikmat yang besar yaitu diutusNya Nabi saw untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah saw dan baginda bersabda,
"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak".

Hadits-Hadits ini merupakan riwayat 'shakhihnya' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Shahih nya, Rasulullah saw bersabda, "Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah saw mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadits.

Ini bermakna, Rasulullah saw telah melahirkan dan meng-exposikan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah saw sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin tata cara penyambutannya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi intisari sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama bersholawat kepada Nabi saw, ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)

Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah saw kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).
Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah saw sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam semesta.' (Al-Anbiya':107)

Kerana Rasulullah saw diutus sebagai rahmat untuk semua alam, kegembiraan menyambut kelahiran baginda Rasul tidaklah pada umat Muslim saja, bahkan seluruh umat alam semesta, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. mengapa pada masa sekarang,orang muslim ramai menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA?.

Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah

Nabi saw, biasanya menghubung kaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ,
"Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan karena peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukur kepada Allah atas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadits ini merupakan hadits yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.

Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"

Memperingati kelahiran Rasulullah saw akan membuatkan hati kita tergerak untuk bersholawat atas Nabi saw dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56).

Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi saw akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta bersholawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita karena mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur.
Itu pula dapat dilaksanakan dalam keadaan berjama'ah atau perkumpulan : Allah dan MalaikatNya bersholawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali kalau ada yang menyatakan bahwa sholawat atas Nabi saw hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir

Apabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut MAULIDUNNABI saw,atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Hal ini dinyatakan didalam shahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahwa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad saw.
Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari, dan Ibnu Kattir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: hal. 124, Mawlid al-Nabi hal. 21 dan al-Bidaya hal.272-273. Seorang hafizd (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Maulid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk dihentikan dari siksa kubur setiap hari Isnin karena bergembira dengan kelahiran Ahmad, juga pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih banyak lagi pahalanya - penterjemah]

Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik

Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada merayakan hari kelahiran baginda, yaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan ridha pada kita, karena kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kekhilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.
sumber : http://dzikrurrohmah.blogspot.com/2009/02/pentingnya-peringatan-maulid.html


Ditulis Oleh : Fauzi Akbar // Senin, Februari 14, 2011
Kategori:

0 komentar:

Posting Komentar